PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026: GOTONG-ROYONG SMKBK
Khamis, 1 Oktober 2026 – SMK Bukit Katil telah menganjurkan Program Hari Cuci Malaysia 2026: Gotong-Royong SMKBK bertempat di sekitar kawasan sekolah. Program ini melibat seluruh warga sekolah yang merangkumi semua pelajar, guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), dan seluruh warga sekolah dalam suasana yang penuh semangat kerjasama dan kebersamaan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kebersihan persekitaran sekolah selaras dengan slogan "Sekolah Bersih, Murid Sejahtera". Selain mewujudkan suasana persekitaran yang indah dan kondusif untuk pembelajaran, program ini juga menjadi platform untuk menyemai nilai bertanggungjawab, kerja berpasukan, serta sikap prihatin warga sekolah terhadap kebersihan persekitaran.
Pengawasan dan kelancaran sepanjang aktiviti ini dijalankan dibantu oleh guru subjek serta guru relief waktu ke-10 hingga ke-12.
Secara keseluruhannya, Program Hari Cuci Malaysia 2026 ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan semangat kerjasama ini dapat terus dikekalkan agar persekitaran sekolah sentiasa bersih, indah, dan selesa untuk semua warga SMK Bukit Katil.
Bersama Kita Bersih & Indah • Sekolah Bersih, Murid Sejahtera ????✨????????
#SMKBK
#ppdmelakatengah
#HariCuciMalaysia2026
#GotongRoyongSMKBK
#SekolahBersihMuridSejahtera
#BersamaKitaBersihDanIndah
#KemenjadianMurid
#SMKBukitKatil