• Main
  • News

Sambutan Bulan Patriotisme 2026

Sambutan Bulan Patriotisme 2026

SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME 2026

Isnin, 10 Ogos 2026 – Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026, SMK Bukit Katil telah melancarkan Sambutan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. Program ini dianjurkan sebagai platform untuk memupuk perpaduan, semangat patriotik serta menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang telah berjuang membebaskan negara daripada penjajahan.

Sambutan ini bertujuan menanam nilai patriotisme, membina jati diri serta menyemai rasa bangga terhadap kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai oleh negara. Bertepatan dengan Tema Hari Kebangsaan 2026: “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap sejarah kemerdekaan tanah air.

Sepanjang pelaksanaan program, murid didedahkan dengan pelbagai pengisian yang memberi peluang kepada mereka mengenali sejarah perkembangan kemerdekaan negara, mencari dan menganalisis maklumat sejarah serta menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Aktiviti yang dijalankan turut menggalakkan murid menghayati erti sebenar kemerdekaan dan memahami tanggungjawab mereka sebagai generasi pewaris negara.

Program ini melibatkan penyertaan semua murid PPKI hingga Tingkatan 5, sekali gus membolehkan seluruh warga sekolah bersama-sama menghayati semangat kebangsaan dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat patriotik. Sambutan ini akan berlangsung bermula 10 Ogos 2026 dan berakhir dengan Majlis Penutupan pada 14 September 2026.

Secara keseluruhannya, penganjuran Sambutan Bulan Patriotisme 2026 mencerminkan komitmen SMK Bukit Katil dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berjati diri serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi demi kesejahteraan dan kemajuan negara.

#SMKBK
#KITKAT
#KemenjadianInsanTerdidikKamiAmbilTanggungjawab